SEJARAH SEKOLAH

           Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2 terletak di Jalan Sri Putri 4/9, Taman putri, 81000 Kulaijaya, Johor. Telah dibina pada bulan Julai 2000 oleh pemaju Kemajuan Kota Selatan Sdn. Bhd, 10-01, Jalan Ros Merah 2/8, Taman Johor Jaya, Johor. Siap sepenuhnya pada bulan februari 2001 dan diserahkan kepada Kemanterian Pelajaran pada 24 Oktober 2002.
          
           Bangunan sekolah mengandungi 30 buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik-bilik guru penolong kanan, pejabat am, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik peperiksaan / perkembangan staf, perpustakaan, bilik tayang, bilik sumber, bilik kesihatan, bilik sembahyang, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik kaunseling, setor am, bilik operasi SPBT, setor sukan, kantin, dua buah makmal sains dan dua buah makmal komputer, sebuah makmal telah lengkap dengan 21 unit komputer.

           SK Taman Kota Kulai 2 telah diselaraskan oleh guru penyelaras iaitu En Ismail b Atan dengan bimbingan Tn Hj Muhamad bin Saleh (Guru Besar SK Kulai, kg Melayu).

            Memulakan operasinya pada 6 Januari 2003. Hanya 13 buah kelas sahaja digunakan untuk permulaan operasi dan murid seramai 480 orang dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Sehingga kini telah 3 Guru Besar berkhidmat di sini iaitu:
                                   i . Pn Khadijah bt Abdul Hamid
                                   ii. Pn
                                   iii. En Sapian b Rawian

            Selain bidang akademik, bidang kokurikulum yang dijalankan terdiri daripada Unit beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, dan Tunas Putri, Sukan terdiri daripada bola sepak, sepak takraw, bola jaring, dan bola tampar. Kelab/persatuan terdiri daripada Kelab Budaya, Kelab Kompang, Kelan Bahasa Melayu, Kelab sains, Kelab Matematik dan Kelab Bahasa Inggeris. Rumah sukan pula menggunakan nama Syahbandar (biru), Bendahara (merah), Laksamana (kuning) dan temenggung (hijau).